Pengurusan & Pembelajaran




Pengurusan : 
 Satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).


Pembelajaran : 
Perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan pertumbuhan. Perubahan yang dipanggil pembelajaran diperlihatkan melalui perubahan tingkah laku dengan membandingkan tingkah laku seseorang individu sebelum didedahkan kepada situasi pembelajaran dengan tingkah lakunya selepas didedahkan dengan situasi pembelajaran (Robert M Gagne).



Kaedah Pengurusan Pembelajaran : 

1. Berpusatkan pelajar
2. Berpusatkan bahan
3. Berpusatkan guru
4. Berpusatkan pelajar, bahan dan guru

Kaedah khusus : 

1.Pengurusan bahan pembelajaran
2.Pengurusan tempat
3.Pengurusan masa
4.Pengurusan  guru (siapa yang mengajar)


Prinsip pengajaran : 

Merancang: pengajaran perlu dirancang dan mengikut turutan.

Kepelbagaian teknik : Guru perlu kreatif

Penglibatan pelajar: Interaksi dua hala antara pelajar dengan guru

Ambil kira perbezaan individu : Setiap pelajar mempunyai keupayaan dan minat yang berbeza.

Pengalaman sedia : Kaitkan P&P dengan pengalaman sedia pelajar seperti ceritakan pengalaman.

Meransang fikiran pelajar : Memberi soalan, cabar minda dan ramalan.





Prinsip pembelajaran
                                                      ↙                                             ↘

       1) Latihan                2) Kondusif                          3)Bermatlamat             4) Penglibatan aktif         

                 5)Persediaan awal               6)Mengkaji pelajar                 7)Unsur dorongan                 
                                     






Kajian-kajian untuk meningkatkan standard kualiti

  • Kaedah pembelajaran semasa 
  • Teknik pengajaran yang sesuai dengan keadaan
  • Isu-isu dan perubahan sistem pembelajaran kini 
  • Buku teks 
  • Perbandingan sosiologi murid zaman kini







Ulasan

Catatan Popular