PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN 
Bilik darjah merupakan tempat seorang guru untuk menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pengurusan bilik darjah adalah amat penting bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkat motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). 



Rutin Bilik Darjah
Rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti pengurusan harian bilik darjah. Ia juga adalah satu prosedur yang tetap dan perlu dijalankan sebagai aktiviti harian bilik darjah. Rutin pengurusan bilik darjah yang sistematik bukan hanya membentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga meningkatkan semangat kekitaan murid, keselamatan dan meningkatkan disiplin kendiri murid. Tambahan pula, ia menjimatkan masa dan tenaga dan murid dan memupuk sikap yang baik dalam diri murid seperti bersifat koperatif dan bertanggungjawab.

Tujuan rutin bilik darjah:
-    Menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan bekerjasama di kalangan pelajar. Melalui rutin bilik darjah, pelajar dapat mempertingkatlan rasa bertanggungjawab terhadap sebarang perkara yang berkaitan dengan bilik darjah. Dengan demikian, pelajar akan rasa seronok untuk bekerjasama bagi mereka menjaga kepentingan mereka. Secara tidak langsung perasaan cinta kepada bilik darjah yang kondusif. 
Jenis-jenis rutin:
Rutin kelas (bukan akademik)
Rutin pentadbiran
Rutin pergerakan murid
Rutin pengurusan tugasan
Rutin pembelajaran
Rutin interaksi

Konsep Pengurusan Disiplin bilik darjah
Istilah pengurusan bilik darjah sering dikaitkan dengan usaha-usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan di sekolah. Ia juga sering kali digunakan bagi merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Brophy (2009) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai proses membentuk dan mengekalkan persekitaran pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian murid. 

Ulasan

Catatan Popular