PENGURUSAN MURID



PENGENALAN
Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan agar objektif organisasi tercapai. Dalam erti kata lain, pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan dengan kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.

Konsep pengurusan murid


  •    Perancangan
  •   Pentadbiran (memoin)
  •   Pengawalan atau pemulihan



Mengurus rekod murid

-          Mengurus rekod murid boleh didefinisikan sebagai bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod. Hal ini menandakan bahawa mengurus rekod murid adalah satu perkara yang perlu dilakukan supaya maklumat yang berkaitan dengan murid dapat disusun atur dan disimpan dengan teratur, cekap dan selamat dari perkara-perkara yang memusnahkannya. Sekiranya ini terjadi, pastinya ia akan memberi kesan yang mendalam kerana data berkenaan murid amat diperlukan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan dan dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996.
-          Tujuan mengurus buku rekod ialah:

-Mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
-Kemaskini profil murid
-Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah, dan tingkah laku pelajar
-Menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi
-Sevagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka
-Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing



Konsep kesediaan belajar murid :


-Kesediaan kognitif
Berkait rapat dengan mental untuk memahami dan juga berfikir.
Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.
-Kesediaan afektif
Tertumpu kepada sikap, keinginan, perasaan, minat, dan nilainya untuk menerima pelajaran yang disampaikan.
Bagi pelajar yang berminat dan sentiasa berfikiran positif akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam setiap aktiviti tersebut.
Standford 1971: Pembelajaran berkesan dipengaruhi oleh sikap pelajar dan bukan bilangan berapa kali pelajar mengulangkaji pelajaran
-Kesediaan psikomotor
Merujuk kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuklah perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak di dalam seluruh tubuh badan.






Ulasan

Catatan Popular