PENGURUSAN SUMBER

Pengenalan
Abdul Aziz Yusof (2004, 2007) menyatakan bahawa pengurusan merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Brech mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses sosial untuk menentukan tanggungjawab bagi keberkesanan perancangan dan pelaksanaan sesebuah organisasi. Antara fungsi pengurusan termasuklah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber-sumber yang lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Manakala sumber merujuk kepada segala bahan dan alat. Dalam bidang pendidikan sumber ialah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Pembelajaran yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan sumber yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, dirasa, disentuh, didengar, dihidu.



Objektif Pengurusan Sumber
Mewujudkan suasana dan persekitaran pendidikan yang hidup dan mencabar.
Menimbulkan minat dan semangat murid untuk belajar.
Memastikan aktiviti-aktiviti bilik darjah berjalan tanpa gangguan
Menjamin perkembangan pembelajaran murid.

Fungsi Pusat Sumber
Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
- Menjadi pusat perhubungan diantara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuanperolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan
Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.
Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi
Menyediakan alatan reprografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.

Ciri-ciri Pusat Sumber Yang Berkesan
Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
Terdapat bebagai aktiviti galakan penggunaan PSS
Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses P & P
Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik
Menarik minat pelajar dan untuk menggunakan pusat sumber
Memudahkan guru dan pelajar untuk berurusan di pusat sumber
Pelaksanaan aktiviti yang terancang dan berkesan.
Kemudahan infrastruktur yang memberikan keselesaan dan keseronokan


Ulasan

Catatan Popular