PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Pengenalan
Penasihatan murid berkait rapat dengan kaunseling. Menurut Davis (1981) kaunseling merupakan perbincangan mengenai masalah, biasanya berbentuk emosional antara kaunselor dengan klien agar klien dapat menyelesaikan masalahnya dengan lebihbaik. Khidmat kaunseling di sekolah-sekolah Malaysia bermula pada tahun 1968, ketika itu dikenali sebagai ‘Khidmat Bimbingan’. Kaunseling penting untuk membantu seseorang itu dari segimotivasi dan juga strategi yang betul untuk melakukan sesuatu.
Menurut kamus dewan edisi keempat, murid merujuk kepada anak orang atau individu yang sedang belajar ataupun berguru mentoring. Di sekolah, guru sebagai pendidik dan pembimbing perlulah mengambil setiap inisiatif untuk mendampingi dan mendekati muridnya kerana melalui cara inilah mereka dapat memahami anak didik mereka dengan lebih mendalam. Dengan kata lain, guru yang dapat mewujudkan suasana yang mesra serta mengambil berat perihal pelajarnya akan dapat mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh anak murid dan sekaligus membantu murid yang berkenaan ke arah perkembangan diri yang positif.



3 komponen penasihatan murid :
 1) Mentoring : membantu pelajar 
 2) Bimbingan : Memberi bimbingan dan tunjuk ajar terhadap murid
 3) Penasihatan : Berbentuk suruhan dan arahan

Kemahiran yang digunakan oleh guru : 
 1) Lisan 
 2) Melayani 
 3) Mendengar 
 4) Komunikasi 
 5) Bukan lisan

Ulasan

Catatan Popular