PENGURUSAN MURID PELBAGAI BUDAYA



-'BERKEPERLUAN KHAS'
Semua manusia yang tidak memiliki kesempurnaan sama ada dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial, mereka dikenali sebagai pelajar berkeperluan khas. Manakala menurut Ormrod pada tahun 2000, beliau mengkategorikan bahawa pelajar berkeperluan khas kepada beberapa kategori seperti pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran, kecacatan bahasa atau percakapan, gangguan emosi, autisme, pelajar pintar cerdas, mengalami kecacatan mental, anggota, pendengaran dan lain-lain.
Antara masalah pelajar pelbagai upaya:
Masalah pembelajaran
Masalah penglihatan
Masalah pendengaran

-'PEMULIHAN'
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245, 1246), ‘pulih’bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). ‘Pemulihan’ bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini, konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.

'PENGAYAAN'
Konsep pengayaan
Pengayaan merupakan aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. Lazimnya aktiviti-aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas. Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan disebabkan oleh pelajar mempunyai pelbagai kebolehan dan tidak diasingkan
Tujuan pengayaan
Membolehkan pelajar melakukan aktiviti yang lebih mencabar berdasarkan kebolehan mereka yang sedia ada
Dapat memupuk kepimpinan murid dalam keadaan yang penuh keyakinan serta melatih pelajar lebih berdikari dan bertanggungjawab
Meningkatkan minat dan daya kreativiti pelajar dalam kemahiran tertentu serta dapat melahirkan pelajar yang selalu berniat ingin tahu terhadap kemahiran yang dipelajari

Jenis pengayaan
Pengayaan mendatar: mengikut kemampuan dan kebolehan murid
Pengayaan menegak: mengikut minat dan bakat murid


Ulasan

Catatan Popular