SEKOLAH & PERSEKITARAN


PENGENALAN
Berdasarkan   Kamus   Dewan   Edisi   keempat, sekolah   merujuk   kepada   tempat   untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah adalah sebuah gedung atau institusi bagi setiap insan yang berhasrat meneroka dan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa mengira aliran. Oleh itu, peranan sekolah sebagai pusat perkembangan dan perolehan ilmu pengetahuan, maka adalah amat penting bagi institusi ini mempunyai persekitaran yang selamat dari sebarang pengaruh negatif yang boleh mengugat fungsi sebenar dalam sesuatu sistem persekolahan itu. Sekolah merupakan sebuah tempat khas untuk memberikan pendidikan kepada pelajar, iaitu sesiapa yang belajar di situ serta menerima ilmu pengetahuan dari tempat tersebut. Tambahan pula, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru yang berperanan untuk mendidik dan membimbing pelajar. Persekitaran sekolah boleh ditakrifkan sebagai set ciri dalaman yang membezakan satu sekolah dengan sekolah lain, dan mempengaruhi tingkah laku ahli-ahlinya, iaitu kakitangan sekolah dan pelajar. Menurut Noriati A. Rashid et. Al (2009): Kondusif membawa maksud sesuai menurutnya persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.


HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT
Sekolah adalah lembaga sosial yang berfungsi untuk melayani anggota-anggota masyarakat (pelajar dan ibu bapa) dalam bidang pendidikan
Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan dan membentuk pelajar yang bersahsiah serta bertanggungjawab sejajar dengan Falsahah Pendidikan Kebangsaan
Pelajar merupakan sebahagian daripada masyarakat dan bakal menjadi pemimpin negara.
Sekolah dan masyarakat saling berkait rapat kerana, sekolah amat dibutuhkan untuk mendapatkan pendidikan manakala masyarakat memerlukan sekolah untuk menuntut ilmu.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN IBU BAPA
Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru (IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan 5 tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di Sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak Sekolah, ibubapa dan komuniti setempat. PIBG juga mempunyai peranan, saling lengkap melengkapi‟ terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana Sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah.


Ulasan

Catatan Popular